LOGO BAKAT

Harapan terhadap warga UMK dalam perincian Visi dan Misi iaitu:

‘Warga Universiti berpengetahuan, berkemahiran dan komited mengamalkan budaya kerja profesional, mengurus secara partisipasi serta melaksanakan penambahbaikan berterusan’

 

‘Staf universiti berkemampuan tinggi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab’

 

‘Sumber manusia yang berkualiti adalah salah satu faktor kejayaan kritikal yang menentukan kejayaan pembangunan UMK’

 

‘Sumber manusia berkualiti yang berilmu, kompeten, kreatif dan inovatif yang mampu bekerja di bawah penyeliaan minimum, bertanggungjawab, berintegriti, komited serta bekerja dengan berkesan sebagai satu pasukan’

 

Penyataan mengenai bakat juga ada disebut dalam Teras Pembangunan iaitu di Teras 2:

 

‘MENYEDIAKAN SUMBER MANUSIA YANG BERPENGETAHUAN, KOMPETEN DAN BERINTEGRITI’

 

Penyataan tiga (3) nilai teras organisasi adalah penting untuk dihayati dan didukungi oleh staf bagi membentuk satu identiti Universiti. Nilai-nilai teras tersebut adalah:

           

NO

NILAI TERAS

PERINCIAN

1 Kreatif dan inovatif
  • Mempertingkatkan kualiti kerja dengan menambah baik prosedur kerja dan memberi perhatian kepada amalan terbaik supaya penyampaian lebih efektif, lebih pantas dan menambah kepuasan kepada pengguna;

  • Memperkenalkan produk, kaedah atau persekitaran pendekatan baru dalam penawaran perkhidmatan pendidikan keusahawanan dengan penyesuaian kepada perubahan;

  • Kreativiti harus digunakan di dalam penyelesaian masalah yang rumit menggunakan sumber terhad tetapi memenuhi kehendak pengguna;

  • Bersedia meneroka kepelbagaian kemungkinan dengan memperkenalkan idea baru dan unik bagi mencipta peluang-peluang baru.

2 Kesediaan untuk membuat dan menerima perubahan

  • Bersedia untuk mempelajari dan meneroka ilmu baru untuk meningkatkan keupayaan diri semasa melaksanakan tanggungjawab;

  • Harus mengambil sikap positif kepada teguran yang membina sebagai proses pemantapan hasil kerja;

  • Mempunyai sikap keterbukaan yang dapat membentuk individu yang fleksibel, serba boleh, berdaya saing dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi;

  • Bersedia menyesuaikan diri mengikut kehendak perubahan persekitaran kerja dan tanggungjawab.

3 Bersikap professional dalam segala tindakan

  • Harus berpengetahuan luas, berkemahiran dan kompeten dalam bidang kepakaran atau tanggungjawab;

  • Mengutamakan pelaksanaan tanggungjawab dengan memainkan peranan secara efisien dan efektif mengikut displin tugas dan etika bidang kepakaran;

  • Sentiasa memberi penekanan kepada pencapaian Visi universiti dengan mengamalkan sikap mesra dan endah, berintegriti, partisipatif, jujur dan amanah, bertanggungjawab dan komited serta bersyukur dan redha;

  • Bersedia untuk memimpin dan memberi kerjasama serta sokongan apabila dipimpin semasa melaksanakan tugasan.

 


Nilai pembudayaan warga UMK juga telah digarap kepada empat (4) elemen iaitu:

  • Mesra dan Endah
  • Jujur dan amanah
  • Bertanggungjawab dan komited
  • Bersyukur dan redha

 

Penciptaan perbezaan UMK menekankan kepada:

  • Pedagogi pengajaran dan pembelajaran
  • Budaya keusahawanan
  • Ekosistem keusahawanan
  • Penglibatan komprehensif pelajar dan staf

 

UMK terus berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada staf melalui:

  1. Menyedia dan memberi kemudahan kepada staf melalui pembangunan kerjaya, imbuhan gaji, kebajikan staf dan keluarga, geran penyelidikan dan perundingan;
  2. Memberi ruang berbakti dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan global;
  3. Staf turut diberi ruang interaksi dengan kepimpinan masyarakat tempatan dan antarabangsa;
  4. Staf mampu merealisasikan pembelajaran sepanjang hayat.

Pusat Pengurusan Dan Pembangunan Bakat,
Pejabat Pendaftar,
Tingkat 2, Bangunan BAP,
Universiti Malaysia Kelantan,
Kampus Bachok, Beg Berkunci 01,
16300 Bachok,
Kelantan Darul Naim
 
No. Tel : +609-779 7000
No. Faks : +609-779 7052
 

Tel : +609 - 7717000 | Fax: +609 - 771 7022
Paparan terbaik: Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800

139971
TodayToday6
YesterdayYesterday45
This_WeekThis_Week168
This_MonthThis_Month497
All_DaysAll_Days139971
Highest 09-29-2021 : 489